21 Ogo 2009

AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN...

Dan hari ini, akhirnya aku tidak mampu bertahan....
Aku menangis juga..... Aku sangka aku kuat, tapi sebaliknya....
Tuhan...tunjukkan padaku kekuasaanmu....
Buanglah sayangku....tinggalkan dendamku....

RAMADHAN INI......

Salam...

Inilah tulisanku yang pertama sejak mula semua umat islam dan bukan islam saling mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan idul fitri....

Seperti orang lain, aku juga pernah teruja.... teruja untuk menyambut hari yang mulia ini...

Tapi pada kali ini, tahun ini, aku berharap ia tidak datang.... aku tidak mahu sama sekali menyambutnya..... Kerana aku tahu, tahun ini seperti tahun lepas...aku akan dipermainkan...Aku akan kecewa lagi....

Tahun ini...satu keheranan bagi teman2ku, kerana aku tidak lagi ghairah membuat persiapan...cuma aku sibuk menjahit baju2 yang ditempah.... baju raya... Tiada lagi terpasang pelita.... Dan aku juga tidak ghairah memohon cuti....

Tuhan...andai ini ramadhan terakhir....mohon panjangkan umurku untuk mengucup tangan kedua orang tuaku...memohon ampun.... andai ini ramadhan terakhir,bukakan pintu hati seseorang untuk membenarkan anak2ku mencium tanganku jua...dan izinkan aku memeluk mereka...sesungguhnya merekalah nyawaku....

Sedang aku menulis, tiba2 aku dapat satu sms... 'Mama, ini iman. Iman ucapkan selamat berpuasa dan satu lagi bila hari jadi mama?' Aduhaiiii....pilunyaaaa.....!!! Lambatnya mereka membesar...biar mereka boleh datang kepadaku...

Buat teman2 yang mengenaliku...dan juga jiran2 tersayang....mohon maaf, tahun ini pintu rumahku mengamalkan dasar pintu tertutup sempena syawal.... Maaf.....