31 Dis 2010

HADIAH HUJUNG TAHUN 2010


Turun je keta, aku ingat nak sambut nasik tapau, rupanya bunga ros sekuntum...cehh..sempat sambau kat mesejid tu... tak pe... wakaf kan... Terharu pulak, dapat bunga ros waktu2 hati tengah gundah gulana ni... Terima kasih Mr Asben... I Love U...

30 Dis 2010

SAMAN DARI CELCOM

Baru sebentar tadi, aku dapat panggilan telefon dari Mr Brian yang mendakwa dia adalah wakil celcom yang menuntut aku membayar tunggakan bil telefon yang aku tidak pernah gunakan. Cuma nombor tersebut aku gunakan semasa umur aku 30an dan didaftarkan atas perkhidmatan DiGi (016)...prepaid plak tu...
Tah sape yang busuk hati gi convert ke Celcom... Yang pelik tu pulak, IC aku tak pernah ilang, mungkin juga orang berkenaan menggunakan salinan IC aku...yelahh...salinan IC kat mana2 pun ada... nak minta kerja itu ini, nak mohon itu ini, sume nakkan salinan IC...tapi boleh ke kita daftarkan no telefon dari prabayar ke pascabayar dengan menggunakan salinan IC sahaja... Gambar IC aku pun waktu tu, aku rasa tak ada orang yang sama rupa ngan aku... Macam tu mudah ye, nak dapatkan talian telefon dengan menyertakan salinan IC sahaja...
Tak pasal2 aku kena g buat report polis, kena g suruhanjaya sumpah, kena g Celcom Centre yang tah berapa ratus kali aku dah pergi... Dah setahun lebih, ingatkan dah setel, hari ni kena saman lagi... dah tak ada duit sangat ke CELCOM ni... Alasan mereka, pertukaran dari DiGi ke Celcom tu dibuat oleh Agen... kalo camtu, agen2 dilantik Celcom ni sume cap ayam le...nak komisen je lebih... menyusahkan orang... Ingat aku senang2 ke nak bayar hampir RM300 tu... bagi anak2 makan lagi bagus...sedekah anak yatim dapat gak pahala... budusssss....!!!

PENGHUJUNG 2010

Pejam celik, pejam celik, dah sampai hujung tahun... tak sampai 2 hari lagi kita akan menyambut tahun 2011... Cepatnya masa berlalu... Aku nak tinggalkan semua kenangan pahit manis 2010... aku nak mulakan lembaran baru... nak jadi aku yang lain, bukan aku yang dulu-dulu... aku nak kuat, aku nak berubah...

22 Okt 2010

ISLAMIC FESTIVAL FASHION SHOW

BATALKAN penganjuran ISLAMIC FASHION FESTIVAL (IFF) yang akan diadakan di JW Marriot Hotel, Kuala Lumpur pada 5 Nov. 2010 (Jumaat) ini kerana festival itu lebih kepada MENGHINA Islam.

Previously on Siapakah FOUNDING PATRON bagi Islamic Fashion Show versi SYAITAN? : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=478410967188&set=a.478410927188.284806.345034017188

Den heran kenapa Prk DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi diadakan pada hari Khamis 4 November 2010. Setelah disiasat, rupanya SPR telah membantu penganjuran Islamic Fashion Show versi SYAITAN/FREEMASON pada hari Jumaat 5 November 2010.

1] Rupa-rupanya SPR adjust time ikut IFF dan juga kalender Rosmah Mansur. Ia tidak boleh dilakukan selepas 5 Nov 2010, kalau tidak ia akan dijadikan isu oleh Pakatan Rakyat dan kemungkinan besar pakatan menang besar hanya dgn isu IFF. Jangan main gila bai.

2] Penganjuran IFF ini kalau tidak salah den dah masuk tahun ke-2. Dio ikut giliran. Paling latest di Monte Carlo, Monaco pada 10 Ogos 2010 yg lalu.

3] 5 Nov 2010 adalah hari Jumaat. Dan pesta ‘BOGEL’ versi Islam, IFF dilakukan pada hari Jumaat. Jumaat adalah penghulu hari bagi umat Islam. Korang tak teraso dihino ko?

4] Cubo lihat gambar di atas, ia diprintscreen dari laman fanpage IFF sendiri. Lihat pada garisan yg telah digarismerahkan tu. IFF diadakan pada hari Jumaat di Hotel JW Marriot, KL. Klik link ni : http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Malaysia/ISLAMIC-FASHION-FESTIVAL-AND-DESIGNER/363971489528?v=app_2344061033&vm=all

5] Jadi apa cadangan korang? Kalau tanya Ulama’ Muda UMNO, sudah tentu diorg suruh senyap dan jangan buat bising. Den bukan ostad tapi apo yg den tahu kemungkaran harus dihalang. Amar makruf nahi mungkar. Lihat gambar atas di sebelah kanan. Gambar itu diambil semasa IFF diadakan di Monaco pada 10 Ogos yg lalu. Korang nak ia diperagakan semula di Hotel JW Marriot pada Jumaat 5 Nov nanti? Korang nak Islam dihina di tanahair korang sendiri?

6] Sementara itu korang sapot fanpage ini. Ia juga pasal IFF : http://www.facebook.com/pages/Rosmah-Mansur-sila-minta-maaf-pada-umat-islam/163629210328599?ref=mf

7] Bala dah banyak bai. Hari ini jerubu di Muar. Esok lusa ontah apo pulak nak tibo. IFF di KL ni akan menjadi bala jika kita semua tidak berusaha menghalangnya.

8] Mari kita sebarkan mesej ini kepada semuo rakan taulan. Sharing is caring.

9] Korang boleh share dan tag gambar ni tanpa keizinan KBSB.

21 Sep 2010

UPSR - Muhammad Fakhri Iman bin Abdul Khalid





Hari ni 21 September 2010, Iman akan duduki peperiksaan UPSR... Mama tak mengharap kejayaan cemerlang yang tak mampu iman capai... apa yang mama harapkan, ialah peningkatan pelajaran iman... Iman anak mama, mama tau kemampuan iman setakat mana... Mama juga nak iman selalu ingat pesan mama...buat yang terbaik... berjaya atau gagal, bukan kita yang tentukan... yang pasti iman dah berusaha sedaya upaya iman;.. itu yang lebih utama... Apa pun keputusan peperiksaan iman, mama merestui... mama tau iman sudah berusaha... Insyallahh... SELAMAT MENDUDUKI UPSR IMAN SAYANG....

NASI BERIANI BATU PAHAT ON 18 SEPT. 2010





Sabtu lepas g Batu Pahat semata-mata nak makan nasi beriani ni... pergghhh....sedapp... walau pun acar dah habis, tapi tetap sedap... sape tak pernah try, baik pergi.... nyum...nyum...

16 Sep 2010

RAYE LE KUNUN....



Terima kasih kerana membenarkan aku bersama anak2, walau cuma untuk 2 hari sempena raya kali ini....

12 Sep 2010

HAPPY BELATED BIRTHDAY MY BELOVED SON, IMAN

Aku sungguh terkilan, tak sempat nak wish harijadi anak kedua aku tepat pada harinya... pada 16 Ogos 2010 (12 tahun). Birthday sendiri pun tergelincir pada 2 Sept.2010... Dan cuma pada hari ini aku berkesempatan melakar kata kat blog ni...

Iman sayang, mama ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 12... semoga iman panjang umur, murah rezeki, hormat orang tua, belajar pandai2...itulah doa mama saban waktu...semoga iman bergembira selalu hendaknya... Mama benar2 sayangkan iman, dunin dan akhirat... kasih ibu tiada penghujungnya nak...

Mama sayang iman....

27 Ogo 2010

Memisahkan/memutuskan siratulrahim

Memisahkan/memutuskan siratulrahim

MANDI JUNUB / MANDI WAJIB



ORIGINAL POST BY Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 11:36am

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

17 Jul 2010

JOM MAKAN KERIA



Petang ni, abang bawa makan angin...supaya cepat sembuh demam... pusing punya pusing, rupanya dia nak makan keria yang semalam dia tak dapat.... semalam pergi, tutup... rupanya jumaat memang tutup... hari ni dia lepas dendam lee... ini le warung Hj Jalil yang terkenal di Limbungan, Melaka. Menjual kuih keria....



Inilah rupa kuih keria Limbungan yang disebut2 orang tu... Kalo datang ke Melaka, jangan lupa singgah tau...

10 Jul 2010

SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA SAYANG...





Hari ni genap 13 tahun umur anak aku yang tua... Aku rindu sangat dengan dia...juga pada adik2 dia yang lain... Aku dah lama tak bersama2 mereka... Kali terakhir makan, tido, bergurau, bergaduh dengan mereka pada 20 Februari 2010... Tak apalah, jika penyekatan ini boleh menyenangkan hati orang lain, aku redha... Dan aku percaya, satu hari nanti, semuanya akan berubah... Allah itu Maha Penyayang dan Mendengar...

MUHAMMAD FARIS NAIF, mama benar2 rindukan abang...dan mama berharap, dengan bertambahnya usia abang, abang lebih matang dalam berfikir... Jagalah adik2... Maafkan mama kerana tidak dapat bersama2 abang pada hari bersejarah ini... Insyallah, kita akan bersama juga satu hari nanti. Antara cepat dan lambat sahaja... Ingat pesan mama, selalulah bersabar... Buang dendam... sematkan perasaan kasih sayang dalam hati... Abang dah besar, boleh fikir mana yang baik, mana yang buruk...

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA... MAMA SAYANG ABANG....

LAWATAN PENANDARASAN 5S KE IBU PEJABAT JKDM, PUTRAJAYA (9 Julai 2010 - Jumaat)













8 Jul 2010

PAGI YANG BIKIN AKU PANASSS...!!!

Pagi ni, aku keluar rumah dengan bismillah, time nak jalan keta, siap doa lagi...dengan harapan perjalananku ke tempat kerja akan selamat... Selamat tu memang selamat le... Alhamdulillah... Yang buat aku hangin pagi2 bute ni... ada minah rempit keta lak ngan aku... Alaaa...takat 660 ni ko nak cilok...malu arrr... asal tak cilok Mercedes, Volvo dan keta2 cc tinggi yang lalu kat jalan tu...

MBR 9516, MyVi Merah...cantik tu... I likeeeeeee Red Kalerrr... Perempuan lak tu.. agaknya baru dapat keta...sebab ada 'P' lagi...jelassssss dik non... kalo nak berlumba, bukan pagi2 bute kat dalam bandar ni... orang lorat nak hantar anak sekolah, ko lorat nak berlumba... Kalo dah terlambat pun, hormat sikit orang lain.. Len kali bangun awal2... ni bangun lambat...solat ala kadar..pas tu menyusahkan orang... Ni semua yang buat aku marah, sebab perangai ko sorang, nanti orang cop perempuan pemandu tak berhemah... Aku sungguh berhemah, sebab tu aku marah orang kata permpuan pemandu cuai...

Errrmmm....aku rasa, tak lama lagi naik le pulak gambo UCUK aku yang cantik tu... Silver lagi... Tapi UCUK aku tak ada penyakit Panau (P)...lesen penuh beb... Apa pun aku yakin, gambo UCUK aku mesti gegau... tapi gambo MyV dia jelas...sebab selaju2 mana pun, aku still kat belakang...

Nasihat aku untuk cik adik manis tu... ubah2lah perangai...bawak keta sebijik macam jantan, cilok sana, cilok sini... takat kat dalam bandar, camne ko ganas pun, akhirnya kita akan berjumpa juga kat persimpangan lampu isyarat... Buat ngabih minyak jerrr.....

Kalau dah terlambat, lepas ni set jam 10 minit awal macam aku... (Aku pun baru hari ni set awal.... Lagi satu, kat Durian Tunggal tu ada Litar... ko g le tumpang kalo teringin sangat nak berlumba... ajak keta2 yg cc tinggi jee... malu le wehhh...ko berlumba ngan Kancot 660 aku... tapi yang heran tu, aku tetap belakang ko...
hahahahahahahaaaa.....



Ni le MyV cantik tu...dekat jee... tapi hampir buat satu MyV puteh terbabas sebab dia nak jalan dulu, tak nak mengalah...

4 Jul 2010

AKU HANYA MAMPU MENANGIS BERSAMA ANAK2KU...

Salam..
Hari ni aku masih lagi bersedih.. sebenarnya, bukan hari ni je...tapi setiap waktu sebenarnya, cuma tak ditunjukkan... Tapi hari ni lebih lagi...
Malam dari kelmarin, bawa ke pagi semalam hingga ke malam tadi, anak sulungku tak habis2 sms minta diambil... tapi dia cakap, baba tak bagi... tapi dia cakap, 'mama datang je...'
Pagi semalam aku ada gath, aku cakap tak leh amik, sebab nanti baba marah... dia cakap datang je... dalam pukul 4 lebih, dia sms bagitahu jgn datang sebab kawan busu ada... aku layan je sms dia...pujuk dia...cakap kat dia, sabar jee...
dalam pukul 8 lebih dia sms lagi suruh datang... Aku kenal baba dia, biar keluar air mata darah sekali pun anak2, dia takkan benarkan mereka ikut aku...walau untuk sekejap, sedangkan dalam warta berkenaan, aku berhak terhadap mereka... padahal, aku lebih berhak, kerana kesiankan dia yang tak mampu nak memberi nafkah anak2, aku serahkan semuanya pada dia...
Sehingga jam 10 malam anakku merayu, 'tolonglah datang amik abang ma...menangis abang arr...' Aku dapat rasakan, ada sesuatu yang menganggu dia sehingga dia beriye2 suruh aku datang amik...sebelum ni dia sendiri pun takut nak bagitahu baba dia untuk ikut aku... Dia anak yang tua, selalu mengadu kena marah kerana kesalahan yg dia tak buat... Sabarlah nak, berdoalah selalu pada Tuhan...
Hari ni aku sms dia lagi..tanya khabar... Dia cakap baba tak ada kat rumah, nenek g berlatih nasyid...MAKNANYA, anak2 aku tinggal di rumah tanpa pengawasan sesiapa... anak perempuan 2 orang dan anak lelaki 2 orang. Ini bukan kali pertama mereka ditinggalakn... pernah sekali baba dan nenek mereka pergi kenduri ke muar, anak2 aku tinggal... Itu pun aku tau dah lepas sehari. Kalau aku tau, aku dah pergi ambil mereka... Kenapa baba dia tak suruh aku amik jer... kalau jadi apa2 pada budak2, nak salahkan siapa? Salahkan aku jugak ke??
ANak2 ku, bersabarlah...suatu hari kita akan bersama juga.... Insyallah...

1 Jul 2010

DUA HORMAT!! DUA POTONG!! AHAKSS!!

Salam sume...
hahahahaha....apa yang hormat, apa yang potong?? Potong..potong...potong... ahaks..!!
Pagi ni kita orang kat pat keje berkawad... jgn tak tau plak...
Sejak di arahkan, ni kali kedua kami berkawad.. Yang pertama kali dulu aku tak join, aku cuti.. hari ni baru dapat join... ok tu ok jugak lee...tapi yang peliknya, habis je kawad, kata ni mengantukkkkkkk sangat... boss aku pun kata cenggitu... apa kes tah..

Apa pun, aku dan kawan2 enjoy je... seronok pe...hentak2 kaki... yang tukang arah pun aku tengok berpeluh2... siannnnn...

ok le..dah habis modal dah ni... saje nak update blog ni... nanti kita sambung lagi...

adiosss....

27 Jun 2010

HARI MINGGU YANG BAKAU DARAH...

Hari ni aku tak ada mud langsung... tah apa sebab tah...
semut lalu pun aku wat dek jee...selalunya pantang nampak semut lam umah, habis lenyek aku picit... patah riuk tulang dia...

Nak masak pun malas... perut plak lapo... apa jadah mamak bukak kedai kat depan tu...
Roti kosong 2 keping... pertama kali aku beli roti kat situ...

Hati sakitttttttttt je ni... Semalam malam call abang ajak g makan nasi ayam singapore (dah tentu hp shukri jadik mangsa...). Dia tak jawab. sms pun tak balas... Dah lewat malam dia call, siap ada bunyi cengkerik tuuuuuuu... Soalan pertama, KAT NE NI YANG... dengan selambanya dia menjawab, kat dusun doyan dak wan... perrrggghhh...tiba2 meroyan aku datang... ASAL TAK CAKAP NAK G SANA?? dan dengan selambanya lagi dia jawab, DAK WAN BARU AJAK PETANG TADI...GESA2 IKUT... BESTTTTTTTTTT..... amboi...dia tak tau ke aku hangin je dengau... Terus aku ckap, OK, SELAMAT BERGEMBIRA DI DUSUN YG PENUH HARMONI TU... SELAMAT MALAM... tup!!...aku letak HP... Mak oiii...!! bengangnya haku...
Tak pe...jgn balik umah, tido le dusun tu... seminggu haku kunci pintu.. Berkabung...!!!



Untuk semua, bagi menghiburkan hati yang lara, terimalah santapan mata korang 2 keping roti kosong hasil tangan mamak kat depan taman aku ni... sakit hati arrrrrrrrrrr....!!!!

24 Jun 2010

PERHATIAN KEPADA YANG SUKA MEREPORT...

SALAM....

Kepada SESIAPA YANG BERKENAAN...
Ini ialah BLOG aku... ini ialah catatan aku...
tak puas hati, marah, suka, geram, seronok, gembira, sedih...semua aku luahkan di sini...
kalo luahkan kat ko pun, bukan leh dapat apa...
kat sini, aku bebas nak mencarut ke...maki hamun ke... mengucap panjang ke...bertazkirah ke..
ada aku kesahhh...???
Yang ko kesah sangat buat apa???
Ini personal aku... kalo baik sangat nak tegur orang, datang depan lee...
tak main le sound belakang2...itu PENGECUT namanya kawan...
Kalo betul, tak adanya aku nak hangin...biasalah kan...kita ni manusia, kita rasa kita betul, tapi orang lain tengok salah...
Jadik, jangan le berani kat belakang jerr... pro sikit le kawan...
Apa yang aku tulis di BLOG aku ni atau di FB aku, itu aku punya suka...jgn sakit hati lak...
kalo ko terasa aku tuju kat ko, atau sesapa, tanya depan2... Jangan main2 orang tengah... jgn cepat perasan ok...
Oh ya, ada aku minta makan kat ko...??

KEPADA TEMAN PEMBACA YANG LAIN:
minta maaf banyak2.... artikel ni aku tujukan kepada seseorang yang tak ada keje lain selain dari mencari kesalahan orang lain...
Apa yg sakit hati sangat kat aku tak tau le...
Aku yang tak kaco orang jugak nak dikacau...
Kesalahanku ??? Cuma menulis di BLOG sendiri...tu jerr...
Minta maaf banyak2...

BUAT SUAMI TERCINTA :
Terima kasih tidak terhingga kerana memahami aku waktu ini...
I Love U..

21 Jun 2010

BUDAK SENGAL LAGI PERASAN

Hari ni aku hangin semacam..
mana tak hangin, ada senaman hari ni..pendaftar dah tanya PiK lelaki... ikutkan jadual, memang turn ju..dah aku ada sekali, aku pun dok pusing carik sebab pendaftar cakap, budak lelaki tak pernah nampak naik...
Dah tak ada orang, jue pun naik lee.. aku pasan si shahrul tu dok terintai2 sape yg naik... bila jue mula je baru dia kuar... aku pun jerit le kat jue...bagitahu mamat sengal tu ada... tak le ada niat lain..
tup tup tup...apa kes tah... dia ngan jue lee... alih2 datang opis konon nak betulkan keadaan... Ki mak dia betulkan keadaan... dia ingat dia dah besau sangat ngan uniform dia tu... sedap2 cakap sume org tau mulut aku... weiii...!! mamat sengal!!! biar cakap lepas dari cakap sngkut2 gagap2...tapi umpat belakang... kalo sume dah tau, molek bebeno le...tak payah aku nak bagitahu lagi... jadik, kalo dah tau tu, faham2 le ekk....
Kalo nak carik pasal pun, g le carik lelaki...ngan pempuan nak carik pasal, pondan apa...??? Siap cakap ulau le...keje le...ganti hafiz hamsan lee...allooooooo...itu tahun lepas, orang bangang pun tau.... melalut2 mcam orang tak siuman... Balik negeri le bebbbbbbbb.....!!!!!!!!!

20 Jun 2010

HAPPY FATHERS DAY..

Pagi ni tak buat apa...malam tadi dah celebrate Father's Day ngan asben... ekceli, hari2 pun celebrate...
Pagi ni aku pulun baju orang ni... eeemmmm... dah siap 3/4... belum sepenuhnya, sebab aku start atas je dulu... malam ni mungkin leh siap...Insyallah... pada tuan punya, tengok je tau...


Yang ni aku n ye...hehehee...sebab guna benang sama, aku tumpang sekali lerr.... tahun lepas punya kain...asyik buat tuk orang, tuk sendiri terbengkalai...

19 Jun 2010

LEPAK2 SUPPER DENGAN FAMILY


Perut dah kenyang makan malam....
sekali abang ipau hello ajak lepak kat Hang Tuah Walk...
Sambil makan, sambil jamu telinga dengau dorang karok.. Kat elliza's...
Aku ni pantang dilawa lepak... aku tak kira, aku hangkut mak abah sekali...
yeleee...bukan lepak ngan kawan2 je best...ngan mak abah, adik beradik pun best...
makan lagi le aku... ni perut dah mengah...
Alhamdulillahhhhhhh.....

18 Jun 2010

OPS APA MALAM NI...???


Malam ni aku operasi menggunting dan menjahit baju orang ni... cantikkan kain ni...
rasanya, trend tahun ni kain bunga2 penuh macam ni... kalerful...
anak boss aku pun bagi 2 pasang kain bercorak gini...
nampak cantik plak...
Nantilah kalo dah siap aku tunjuk kat korang... KURUNG PAHANG katanya...tapi dia orang N9... cehhh...!! belottt...!!!

OPERASI MENGEMAS UMAH...

Perggghhhh...penat weiii... mop lantai, basuh simen.. kemas pasu bunga...
kalo tak cuti, memang tak dan nak buat...
sakit pinggang... tak pe, janji hati puas, mata pun tak sakit...
Yang menjadi masalah ni..camne aku nak buat ngan kucing2 yang selalu berak kat dpan umah.. Tinggalkan jerangkap samar merata2.. Ari tu jiran dah tangkap beberapa ekor dan pos ke tempat lain... Rupanya, lagi banyak dibuang, lagi banyak dia datang...Uwaaaa....!!! aku pobia ar, bau taik kucing ngan kencing kucing ni.... aduhhhhhhhhhh

17 Jun 2010

TENGOK WAYANG BEB...


Malam ni aku ngan pai g tengok wayang...cite KARATE KIDS...
menyampah dok tunggu2 orang lain, g berdua je lerr...tapi seronok gak...
puas hati le. Cite pun tak tergantung... anak Will Smith tu comel tul...rasa nak gigit2...
Rugi sape tak g tengok...sape yg ada anak tu, berbaloi le bawak... tu yg aku terkilan skit, aku tak dapat bawak anak2 aku tengok wayang.... sedih hati tengok org lain bawak anak2... Rasa nak belikan tiket je suh dorang tengok, tapi ada ke yg nak membawanya... eemmm...tak apalah nak...nanti ada rezeki, kita pergi tengok wayang ekkk....

MEREMPIT...


Ari ni aku cuti...
Moto jue ada kat aku, sebab ari tu dia balik kampung...aku jaga le... ye le...umah dia mana ada pago, kang kena rembat lak moto dia... dari org lain rembat, baik aku yg belasah dulu... Jue sepatutnya ari ni AJK SUKMA, tak pakai le moto, leh tumpang akma jee... Tup2 cip zenal suh datang opis... kema lak macam tak rela nak anto dia g opis.. Dah le jue...jgn susah2 hati...org tak nak tolong, aku sanggup anto moto ko...

Tapi masalahnya, dah aku anto, sape lak nak anto aku balik?? Takkan nak jalan kaki? Sayup aku wehhh... Maka, jalan pintas aku ialah abang... abang plak dok layan komandan...aduhhh... akhirnya, pukul 1.30 jugak le lepasnya... Konvoi 2 moto tu... nak carik "venue menembak" satu hal lagi...punyalah jenuh...tukang tunjuk jalan (jue le...) pun sengal... pulang balik le mak nyahhhhhhhhh..... akhirnya berjumpa jugak...

Aku sampai kat VENUE, Jue dah tunggu tepi jalan...Tahan macam tahan teksi... moto dah pas pada jue, aku lompat le naik scrambler..(canne nak eja ni...)... Merempit le kami pulak... hehehehe... Abang siap full face tu....jgn tak tau...

MORAL OF THE STORY:
Len kali kalo tak leh nak tolong orang, jangan suka2 harap pertolongan orang... !!!

TAK LEH TIDO ARR...


Sekarang ni dah jam 2.25am dah... 17.6.2010 (Khamis)..
tah kenapa mata tak nak tido le pulak... apa lagas, layan le si saufi ni berbual kat fb...
cite pasal masa sekolah2 dulu...
cite pasal sape dok sebelah sape..
eemmm.... seronok dapat jumpa semula selepas 25 tahun tak jumpa...
macam2 karier dorang...

eeemmm...kepala dah pening, mata dah berat...esok jumpa lagi...
salam...

16 Jun 2010

MENITI HARI-HARI INDAHKU...

Dah lama aku tak update blog aku ni... tak ada apa nak tulis..
tapi hari ni aku nak tulis sikit2... 1 2 cite...

cite 1 :
aku dah kawin... kali ke 2... dah jodohkan...tolak pun tak boleh... anak2? ada waktu dan ketikanya nanti, aku akan bagitahu mereka... tapi rasanya mereka faham... Kenapa aku kawin? suka hati aku le... kalo aku wat maksiat, ada sape nak tanggung ke? dah dia nak kat aku...dia sanggup jumpa mak bapak aku, dia sanggup susah dan senang dengan aku, kenapa aku nak tolaK? Yang penting sekali, dia sayang aku dan aku sayang dia... dan aku tak boleh hidup tanpa dia.. Ex? biarlah dia...dia ada jalan dia sendiri... aku tak perlu memikirkan dia lagi... yang pasti, aku bahagia dengan hidup aku sekarang...


cite 2 :
kawan2, saudara-mara dan jiran2 cakap, aku dah gemuk a.k.a berisi...seronok betul aku dengar dorang cakap camtu... mungkin betul apa dorang cakap, sebab aku terpaksa besarkan semua pinggng kain dan seluar aku...dan sekarang pun, aku tak leh pakai blouse S lagi...sekarang dah pakai M... mungkin aku tak perlu fikirkan anak2 lagi...sebab aku betul2 yakin, kalau sekarang tak dapat mereka, satu hari nanti, mereka akan cari aku juga...sebab aku mama mereka.. Tuhan itu maha Adil.... dan aku gembira dengan perubahan diri aku sekarang...

31 Jan 2010

RINDU-RINDUAN....

Semalam sepatutnya aku ambil budak2... Tapi entah kenapa kali ni aku fedap sangat ngan baba dorang... mengongkong anak2... melarang bercakap, berjumpa.... setakat mana dia mampu melarang anak2... Aku benar2 rindukan anak2 ku...yang ku lahirkan dari rahimku sendiri... sampai hati mereka merampas anak2ku....
malam tadi faris sms... aku tanya sekolah, nape tak call mama...dia cakap, baba tak bagi...dia cakap, baba selalu tanya, mama ada jumpa tak kat sekolah... Pertama kali dalam hidup, aku mengajar anakku berbohong... Aku pesan ngan faris, kalau baba tanya, cakap je mama tak ada jumpa... Kataku padanya, berbohong dengan niat untuk dapat berjumpa mama...kalau tak berbohong, takkan dapat jumpa...
Hari ni, aku ingat nak pergi beli telekung diah...tapi aku malas sangat nak keluar... Aku ni, kalau dah duduk rumah, memang malas nak keluar....
Dan hari ini, aku habiskan masaku dengan menjahit...menyiapkan tempahan orang... eeemmm... nak ngan tak nak, kalau aku buat sungguh2, kaya dah aku ni... cuma aku ni pemalas, dah le pemalas, tak reti menyimpan lak tu... aduhhhhhhhhh...!!! Tak apalah, azam bulan Februari 2010, aku nak rajin2 menjahit, dan hasilnya aku akan simpan separuh sebagai tabunga seperti yang diajar ibuku... Tapi tah takat mana le tuh...
Ok le...kejap lagi nak g makan char kuew teow ngan dak cah...tunggu dia datang je... sms kay ajak join sekali, tapi tak balas...keledek tak ada le tuh... kedekut....!!!

30 Jan 2010

TAHUN 2010

Salam..
tahun baru ni, inilah post pertama aku... aku tak ada idea langsung selama ni nak update blog aku ni... ini pun, tergerak hati sebab dok canang blog ni kat adik2, kawan2 kat TAGGED tu... aku sayang mereka.... adik2 aku sumenya lelaki jugak.... tak ada adik perempuan...
apa nak tulis ni ehhh... eeemmmm....
petang tadi jumpa abang, dia bagi helmet...mana aci, helmet dia helmet scram...helmet aku biasa2 jerrr.... tak adilll....!!! tapi amik gak leee....

Anak2? Anak2 ku tahun ni semuanya dah bersekolah. Faris ting. 1 kat Munshi... Iman, Dara, dan Yaya kat Palembang lagi... Kesian Yaya...selalu menangis nak ikut aku balik...tapi apakan dayaku.. aku tak kuasa nak bergaduh... itu bukan jalan terbaik... aku cuma mengharapkan keajaiban...yang mana, tiba2 khalid membenarkan anak2 bersamaku buat seketika... walaupun telah tertulis dalam carta undang2, aku ada hak...tapi aku berikan hak itu padanya atas rasa belas kasihanku padanya... tapi keikhlasan ku di balas dengan dendam...