29 Jun 2011

JIKA KITA SAYANGKAN SESEORANG...

Semua orang ada sahabat yang disayangi... semua orang ada insan yang disayangi selain dari ahli keluarga... ada kekasih, suami/isteri... Semua orang bangga apabila disayangi.... Tapi taukah, bila masanya untuk kita mengetahui isi hati sebenar mereka terhadap kita..?? Ketika marah. Yee...ketika marah, semua orang akan mengeluarkan apa sebenarnya yang terpendam di dalam hati mereka.. Mereka akan meluahkan segala apa yang terbuku dalam jiwa mereka, apa yang mereka tak puas hati terhadap kita... Maka, nasihat aku...janganlah bagi orang yang kita sayangi dan mengaku sayangi kita itu marah, kerana kata2 yang bakal dikeluarkan kelak akan membuatkan kita berfikir2, adakah benar2 mereka sayangi kita... segala kata2 yang keluar dari bibir mereka akan menyentap hati kita... dan bersedialah untuk satu perubahan besar... Semoga kita semua hidup dalam aman, gembira dan bahagia...

20 Jun 2011

PEGAWAI KANAN LE SANGAT...

Asal le ari ni aku rasa kawasan pejabat aku ni bising sangat macam pasau... mengilai2 suara orang ketawa... terjerit2... aduyaiii... tensi aku arr... Setahu aku, asrama kat kawasan pejabat aku ni untuk pegawai kanan...tapi yang kedengaran sora2 sumbang tu macam orang tak ada pelajaran jerr... memekak macam beruk.... 2 - 3 kali aku jengah keluar...tak faham2 langsung...
Selalunya, pegawai2 yang menginap kat sini, atau yang kuliah kat bilik kuliah sini, ada protokol...senyap... tapi yang kali ni, ya Allah...sakit telinga aku...
Selidik punya selidik, rupanya dorang ni peserta kursus Kemahiran Siasatan anjuran Sekolah Pencegahan... Jawatan Penguasa... Aku tanya dorang, duduk2 sepah2 kat kaki lima ni wat pe... dorang cakap dah habis taklimat, saje duduk2 borak ngan kawan2... aduyaiiii...dorang tau tak kawasan ni kawasan pejabat... Penyeleras pun tak tau ilang ke mana... tak pe, esok korang tengok le aku tampal jarak tiap 12" kertas bertulis, "TOLONG SENYAP". Kalo tak faham gak, memang korang semua belum kursus PROTOKOL lagi....

18 Jun 2011

FITNAH ITU SATU DOSA, TAU TAKKKKKKKKKKKKKK....!!!! SENGAL DAK U**P ni.....

Tiba-tiba aku terasa terpanggil untuk menulis tentang mamat merangkap bapak orang ni... yang perangainya tak dapat nak kuumpamakan... BAgaimanakah agaknya perangai orang tu, bila kawan satu tempat kerja, hari2 berjumpa bekerja dengan dia boleh mengatakan, 'jangan kau sampai berhenti kerja sebelum tamat tempohnya, kerana disantau orang semata2 kerana mulut jahat kau...'
kisahnya, mamat (boleh kata mamat ke...???) ni suka bercerita buruk orang...tapi bukan cerita benar, semuanya diada2kan... pernah gak kena kat aku, masa aku mula2 solo dulu...tapi aku hamun dia balik, depan2 orang.. tu nasib baik aku tak keluarkan bagaimana dia boleh berkahwin dengan bini dia...
Yang buat aku menyampah sangat tu... dia boleh buat cerita tentang perkara yang tidak benar kepada suami orang...bercerita tentang isteri orang tu.... kan jahat tu... aku saksi...aku saksi... semuanya firnah.... dia tak sedar ke, dia ada bini yang kejap2 sakit... dia tak sedar ke, dia ada anak lelaki yang juga sakit ghaib..(kata orang, buatan orang...) dia tak sedar ke, dia ada anak perempuan yang lari dari rumah dengan pengkid.... dia tak sedar ke, dia ada anak dara yang tengah naik dan nasib belum tentu... dia tak sedar ke semua tu... kenapa nak pecah belahkan rumahtangga orang.... apa yang dia rasa, apa yang dia dapat andai terjadi perceraian, pertelingkahan semata2 kerana fitnah dari mulut jahat dia.... Aku saksi, semuanya yang keluar dari mulut dia adalah fitnah tentang kawan ni.. dia siapa nak menilai orang lain...?? sempurna sangatkah dia...
Sayanggg....jangan marah dengan kenyataan ku ini... jangan sesekali ko duduk berdua dan berbual dengan mamat sengal tu...walau aku tau, ko seorang yang tau menilai buruk baik, tapi selalunya, yang buruk tu, nampak real...yang benar selalu tersembunyi.... dan aku tau, ko tak akan buta tuli percaya segala kata2 orang, selain jelas di depan mata.... Semoga Allah melindungi rumahtangga kita dari orang2 yang berhati iblis seperti ini...
Buat teman2, janganlah mendengar di sebelah pihak... Tuhan beri kita otak dan fikiran untuk berfikir...berhentilah bercerita tentang diri orang lain... kita bukanlah sempurna sangat... sama2lah kita perbaiki diri kita.... Doakan yang terbaik buat teman2 kita, bukan menjaja perkara yang buruk2....

17 Jun 2011

DIALOG MAMA n IYA...

Iya : mama, duit ya ilang RM1.00 (sambil tunjuk note RM1 sekeping dengan syiling RM1.40)

Mama : Tu kan ada duit tu...cukup kan...(baba dia bagi belanja sehari RM2)

Iya : Tak cukup...ilang singgit. Singgit ni kawan ya bagi

Mama : Kawan bagi ke ya amik duit kawan. tak baik, pulang balik!! (marah kununnya..)

Iya : Betul ma...kawan ya bagi... (muke serius..)

Mama : Kenapa dia baik sangat nak bagi...?? (konpius ni...)

Iya : Sebabbbbbbb...ya tukau tempat duduk dengan dia..

Mama : Tukau tempat duduk kena bayar ke? Atau ya yang berani pau dia...?? (tambah marah ni..)

Iya : Tak le ma..dia duduk belakang sebelah tepi, yang depan sebelah tepi jugak... dia nak duduk depan...

Mama : Dia nak duduk depan sebab dia nak belajar...kenapa ya tukar lak

Iya : Tak le ma...dia nak main sebenarnya...sebab tempat ya tu sume lelaki, ya je sorang pompuan...

Mama : Kalo camtu, tukau je le, kenapa kena bagi duit pulak...

Iya : Ya tak nak tukau, tapi dia cakap, kalau ya tukau, dia bagi singgit.. sebab dia nak bagi duit, ya tukau lee...bukan ya minta...

Mama : uh..!! mata duitan...

Kesimpulan : Kecik2 anak2 aku dah pandai carik duit...jangan ko pau orang sudah lah nakkkkkkk...

9 Jun 2011

AKU MENCINTAIMU...

Entah kenapa, aku terlalu mencintaimu...
entah kenapa, aku terlalu menyayangimu...
entah kenapa, aku terlalu merinduimu...
dan entah kenapa, aku terlalu ingin selalu di sampingmu...
entah kenapa semua rasa itu ujud... mungkin kerana kau tercipta untukku...
mungkin kerana memang semua rasa itu diperuntukkan untukmu...

Sayangggg...aku tidak sanggup kehilanganmu, kerana hidup matiku hanya untuk mu...
Kebahagiaan ini, hanya datangnya darimu... Demi Tuhan, aku mencintaimu...
Terima kasih Tuhan, mengirimkan dia untukku....