31 Dis 2010

HADIAH HUJUNG TAHUN 2010


Turun je keta, aku ingat nak sambut nasik tapau, rupanya bunga ros sekuntum...cehh..sempat sambau kat mesejid tu... tak pe... wakaf kan... Terharu pulak, dapat bunga ros waktu2 hati tengah gundah gulana ni... Terima kasih Mr Asben... I Love U...

30 Dis 2010

SAMAN DARI CELCOM

Baru sebentar tadi, aku dapat panggilan telefon dari Mr Brian yang mendakwa dia adalah wakil celcom yang menuntut aku membayar tunggakan bil telefon yang aku tidak pernah gunakan. Cuma nombor tersebut aku gunakan semasa umur aku 30an dan didaftarkan atas perkhidmatan DiGi (016)...prepaid plak tu...
Tah sape yang busuk hati gi convert ke Celcom... Yang pelik tu pulak, IC aku tak pernah ilang, mungkin juga orang berkenaan menggunakan salinan IC aku...yelahh...salinan IC kat mana2 pun ada... nak minta kerja itu ini, nak mohon itu ini, sume nakkan salinan IC...tapi boleh ke kita daftarkan no telefon dari prabayar ke pascabayar dengan menggunakan salinan IC sahaja... Gambar IC aku pun waktu tu, aku rasa tak ada orang yang sama rupa ngan aku... Macam tu mudah ye, nak dapatkan talian telefon dengan menyertakan salinan IC sahaja...
Tak pasal2 aku kena g buat report polis, kena g suruhanjaya sumpah, kena g Celcom Centre yang tah berapa ratus kali aku dah pergi... Dah setahun lebih, ingatkan dah setel, hari ni kena saman lagi... dah tak ada duit sangat ke CELCOM ni... Alasan mereka, pertukaran dari DiGi ke Celcom tu dibuat oleh Agen... kalo camtu, agen2 dilantik Celcom ni sume cap ayam le...nak komisen je lebih... menyusahkan orang... Ingat aku senang2 ke nak bayar hampir RM300 tu... bagi anak2 makan lagi bagus...sedekah anak yatim dapat gak pahala... budusssss....!!!

PENGHUJUNG 2010

Pejam celik, pejam celik, dah sampai hujung tahun... tak sampai 2 hari lagi kita akan menyambut tahun 2011... Cepatnya masa berlalu... Aku nak tinggalkan semua kenangan pahit manis 2010... aku nak mulakan lembaran baru... nak jadi aku yang lain, bukan aku yang dulu-dulu... aku nak kuat, aku nak berubah...