4 Jul 2010

AKU HANYA MAMPU MENANGIS BERSAMA ANAK2KU...

Salam..
Hari ni aku masih lagi bersedih.. sebenarnya, bukan hari ni je...tapi setiap waktu sebenarnya, cuma tak ditunjukkan... Tapi hari ni lebih lagi...
Malam dari kelmarin, bawa ke pagi semalam hingga ke malam tadi, anak sulungku tak habis2 sms minta diambil... tapi dia cakap, baba tak bagi... tapi dia cakap, 'mama datang je...'
Pagi semalam aku ada gath, aku cakap tak leh amik, sebab nanti baba marah... dia cakap datang je... dalam pukul 4 lebih, dia sms bagitahu jgn datang sebab kawan busu ada... aku layan je sms dia...pujuk dia...cakap kat dia, sabar jee...
dalam pukul 8 lebih dia sms lagi suruh datang... Aku kenal baba dia, biar keluar air mata darah sekali pun anak2, dia takkan benarkan mereka ikut aku...walau untuk sekejap, sedangkan dalam warta berkenaan, aku berhak terhadap mereka... padahal, aku lebih berhak, kerana kesiankan dia yang tak mampu nak memberi nafkah anak2, aku serahkan semuanya pada dia...
Sehingga jam 10 malam anakku merayu, 'tolonglah datang amik abang ma...menangis abang arr...' Aku dapat rasakan, ada sesuatu yang menganggu dia sehingga dia beriye2 suruh aku datang amik...sebelum ni dia sendiri pun takut nak bagitahu baba dia untuk ikut aku... Dia anak yang tua, selalu mengadu kena marah kerana kesalahan yg dia tak buat... Sabarlah nak, berdoalah selalu pada Tuhan...
Hari ni aku sms dia lagi..tanya khabar... Dia cakap baba tak ada kat rumah, nenek g berlatih nasyid...MAKNANYA, anak2 aku tinggal di rumah tanpa pengawasan sesiapa... anak perempuan 2 orang dan anak lelaki 2 orang. Ini bukan kali pertama mereka ditinggalakn... pernah sekali baba dan nenek mereka pergi kenduri ke muar, anak2 aku tinggal... Itu pun aku tau dah lepas sehari. Kalau aku tau, aku dah pergi ambil mereka... Kenapa baba dia tak suruh aku amik jer... kalau jadi apa2 pada budak2, nak salahkan siapa? Salahkan aku jugak ke??
ANak2 ku, bersabarlah...suatu hari kita akan bersama juga.... Insyallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan