29 Jun 2011

JIKA KITA SAYANGKAN SESEORANG...

Semua orang ada sahabat yang disayangi... semua orang ada insan yang disayangi selain dari ahli keluarga... ada kekasih, suami/isteri... Semua orang bangga apabila disayangi.... Tapi taukah, bila masanya untuk kita mengetahui isi hati sebenar mereka terhadap kita..?? Ketika marah. Yee...ketika marah, semua orang akan mengeluarkan apa sebenarnya yang terpendam di dalam hati mereka.. Mereka akan meluahkan segala apa yang terbuku dalam jiwa mereka, apa yang mereka tak puas hati terhadap kita... Maka, nasihat aku...janganlah bagi orang yang kita sayangi dan mengaku sayangi kita itu marah, kerana kata2 yang bakal dikeluarkan kelak akan membuatkan kita berfikir2, adakah benar2 mereka sayangi kita... segala kata2 yang keluar dari bibir mereka akan menyentap hati kita... dan bersedialah untuk satu perubahan besar... Semoga kita semua hidup dalam aman, gembira dan bahagia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan