4 Jan 2011

TAKZIAH...

Takziah buat sahabat kami satu tempat keje, RAZIF...kerana telah kehilangan anak sulung, satu2nya anak, baru saje dilahirkan sehari... Punca kematian, jangkitan paru-paru... itulah sumber yang aku dapat, kalau lain sebabnya, mana yang tau harap dapat betulkan... Baru beberapa hari lepas aku ngan beberapa kawan dok mengusik razif...bini nak bersalin kena jaga betul2.. ni g hantar balik kampung... sepatutnya bini nak bersalin anak pertama, suami kenalah ada di sisi... macam biasa, dia sambut dengan gurau senda jugak le...
Dan pagi ni, bila dapat infoblast tersebut, aku terkedu le jugak... baru je semalam dapat infoblast mengatakan isteri razif dan selamat melahirkan seorang anak lelaki...pagi ni dapat info yang lain pula... Innalillahh... Kuasa Tuhan tak siapa tahu... Semoga sahabat kami ni tabah menempuh ujianNya... Kami mendoakan yang terbaik untuknya... AMin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan